9 Langkah Kacang Je Buat Pinjaman Perumahan!

9 Langkah Kacang Je Buat Pinjaman Perumahan!

Selain dokumen wajib ada, anda juga perlu dedahkan sumber pendapatan sampingan lain untuk naikkan peluang pinjaman lulus. Proses boleh ambil masa sesingkat 14 hari bekerja. Mudah kan? Jom baca!
langkah-pinjaman-mainimage
Ramai yang mengimpikan untuk memiliki rumah atau aset hartanah, termasuklah anda yang sedang membaca, kan?Kami tahu susah nak bincang dan rancang pembelian rumah tetapi tahukah anda, semuanya bermula dengan pinjaman perumahan?

Kami juga tahu adaĀ banyak artikelĀ dalam talian yang menerangkan proses ini, tapi kami akan memudahkan semuanya ā€œstep-by-stepā€.

9 langkah ringkas, padat, dan mudah difahami untuk anda! Di akhirnya anda boleh kata, “kacang je niā€¦”

 

1) Dapatkan Surat Tawaran Atau Borang Jualan

Jika anda membeli rumah pasaran sekunder atau hartanah subsale daripada ejen hartanah, anda akan diminta membuat bayaran muka (atau duit cengkeram) sebanyakĀ  3.18%.

pinjaman perumahan, prosedur bank

Bayaran ini sebenarnya tanda setuju nak tempah unit pilihan anda, taklah orang lain pula yang dapat.

Selepas bayar cengkeram, ejen akan keluarkanĀ surat tawaran (letter of offer)Ā dan akan digunapakai pihak bank untuk memulakan proses permohonan pinjaman anda.

Jika anda beli dari pemaju, anda akan diberikan borang jualan (sales form) yang juga boleh digunakan untuk berurusan dengan bank.

Langkah ini amat penting dalam memulakan proses kerana ia menunjukkan jumlah yang dipersetujui untuk urusan jual beli oleh kedua-dua pihak.

Sekiranya tiada ketiga-tiga dokumen itu, pastikan ada sekurang-kurangnya dokumenĀ ā€œblack and whiteā€Ā lain yang membuktikan persetujuan antara pemilik dan pembeli.

Bukti persetujuan dan bayaran ni penting untuk melindungi kepentingan anda selaku pembeli. Kalau apa-apa jadi, semuanya ada bukti bertulis.

pinjaman perumahan, prosedur bank

 

2) Sediakan Dokumen Penting

Namapun permohonan, kenalah ada dokumen. Apakah dokumen yang diperlukan? BagiĀ mereka yang bergaji bulanan, anda perlu hantar:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji terkini untuk 3 bulan
  • Penyata bank terkini untuk 3 bulan
  • Penyata tahunan KWSP
  • Borang EA (jika perlu)
  • Surat pengesahan bekerja daripada majikan
  • Dokumen sokongan seperti penyata ASB, Tabung Haji dan lain-lain

Bagi mereka yangĀ bekerja sendiri, termasuk mereka yangĀ pendapatannya dalam bentuk komisyenĀ (commission earner, untunglah!), dokumen ini perlu dihantar:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bukti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Borang BĀ dengan resit cukai
  • Penyata akaun semasa terkini untuk 6 bulan (audit 2 tahun)

 

3) Beri Dokumen Tambahan

Ramai juga yang tak tahu, ada dokumen sokongan yang bernilai tinggi boleh menaikkan kelayakan anda dapat pinjaman bank, antaranya:

  • Sebarang simpanan dalam bank
  • Pelaburan ASB, Tabung Haji, dan lain-lain
  • Unit amanah (unit trust)
  • Deposit tetap (fixed deposits)

pinjaman perumahan, prosedur bank

 

4) Dedahkan Pendapatan Sampingan

Jika anda mampu membuktikan yang anda ada lebihan pendapatan sampingan dari sumber lain selain kerja tetap, ia juga meningkatkan lagi jumlah yang boleh dipinjam.

Kemampuan pendapatan sampingan ini juga sebenarnya menaikkan kadarĀ Nisbah Khidmat Hutang (DSR)Ā anda.

DSR ni sebenarnya ukuran digunakan bank untuk tahu kelayakan anda dapat pinjaman. Ia dikira dengan jumlah gaji dan komitmen kewangan bulanan anda. Daripada situ, bank akan kenal pastiĀ kemampuan bayar balik pinjaman.

Disebabkan itulah, pendapatan sampingan sepertiĀ sewa rumahĀ dipandang tinggi bank.

Jadi, jika anda ada rumah yang disewakan, pastikan adaĀ Perjanjian Sewa RumahĀ dan bukti duit sewa masuk dalam akaun bank anda setiap bulan.

Pegawai bank tengok pun senang hati sebab aliran keluar masuk duit dari banyak sumber, ā€œbanyak duit dia ni, kurang risiko tak bayar pinjaman!ā€

 

5) Masa Pemprosesan

Bank akan mengambil masa untuk memproses permohonan anda, termasuklah memeriksaĀ CCRISĀ danĀ CTOS.

pinjaman perumahan, prosedur bank

Sekiranya dalam tempoh ini bank mendapati bahawa anda tak layak untuk jumlah yang dikehendaki, bank akan meminta dokumen tambahan yang kami terangkan di atas.

Jika masih tak cukup, anda mungkin diminta cari penjamin.

Sekiranya masih tak mencukupi, permohonan anda akan ditolak. Jangan putus asa, kukuhkan kewangan anda dan berbincanglah dengan ejen. Mereka akan tolong.

 

6) Penilaian Hartanah

Bagi rumah subsale, sebelum sebarang kelulusan pinjaman perumahan, penilaian terhadap nilai hartanah tersebut harus dilakukan olehĀ penilai hartanah berdaftar.

Ini untuk memastikan nilai jualan dan nilai pasaran tak terlalu jauh. Penting untuk tak kacau pasaran hartanah, semuanya kenalah terkawal dan melebih-lebih, kan?

Kos proses penilaian ini selalunya dibayar oleh pihak pembeli.

pinjaman perumahan, prosedur bank

 

7) Pilihan Pinjaman

Jika anda berada dalam kategori lulus pinjaman, bagaimana pula? Tambah-tambah kalau anda mohon dengan banyak bank.

Selalunya, bank akan menghubungi pembeli selepas mendapat keputusan kelulusan pinjaman.

Dokumen tawaran pinjaman bank ini akan menetapkan semua terma dan syarat sepertiĀ jenis pinjaman, jumlah pinjaman lulus, kadar faedah dan sebagainya.

Jadi, daripada banyak tawaran tu, pilihlah yang terbaik untuk anda.Ā Selepas dah pilih, anda perlu tandatangan Surat Tawaran dari bank.

 

8) Tandatangan Surat Persetujuan Bank

Semasa atau sebelum menandatanganiĀ Surat Perjanjian Jual Beli (SPA), anda perlu tandatangan Surat PenerimaanĀ (letter of acceptance)Ā pinjaman bank.

Tahniah! Sekarang anda boleh tandatangan SPA sebab sudah ada bukti yang pinjaman perumahan anda telah lulus dan boleh biaya pembelian hartanah tersebut.

pinjaman perumahan, prosedur bank

 

9) Pengeluaran Pinjaman

Proses ini berlaku sekurang-kurangnya 3 bulan selepas anda tandatangan SPA dan Surat Penerimaan. Ia juga bergantung kepada bank dan pemindahan geran hak milik.

Tetapi, ada perbezaan pengeluaran pinjaman mengikut jenisĀ hartanah pegangan bebas atau pajakan.

Selalunya hartanah pegangan pajakan ambil masa lebih lama untuk pengeluaran pinjaman. Ini adalah langkah terakhir, selepas ini anda dah boleh ambil kunci rumah baru anda. Yay!

 

Nampak Susah Tapi SebenarnyaĀ KacangĀ Je!

Taklah nampak susah dan berat sangat proses nak buat pinjaman rumah, kan?

Kesimpulannya, pastikan anda belajar betul-betul tentangĀ jumlah faedah,Ā jenis pinjamanĀ dan kena ikut kemampuan anda.

pinjaman perumahan, prosedur bank

Ukur baju di badan sendiri ni yang paling penting! Pastikan anda tak meminjam lebih daripada kemampuan anda.

Misalnya, bank memang akan kira DSR kita sehingga 70%! Tapi, fikir sebelum buat keputusan, boleh ke aku ni?

Kami dah mudahkan langkah-langkah, sekarang anda boleh dalami lagi dan tanya ejen yang anda lantik. Mereka akan jawab sebab mereka patut lebih tahu, kan?

Proses 1 sehingga 7 lazimnya hanya ambil masa 14 hari bekerja saja. Jadi jangan lambat hantar dokumen tau!

Open chat
%d bloggers like this: