Anda Mungkin Perlukan Kebenaran Pihak Berkuasa Sebelum Dapat Membeli Rumah!

Anda Mungkin Perlukan Kebenaran Pihak Berkuasa Sebelum Dapat Membeli Rumah!

Terdapat 2 situasi biasa di mana kebenaran diperlukan sebelum anda boleh membeli rumah: Sekiranya hak milik dikenakan sekatan kepentingan, atau anda bukan warganegara yang ingin membeli tanah atau rumah.
Pihak-Berkuasa-Negeri-mainimage
 

Proses membeli atau menjual rumah boleh menjadi proses yang cukup rumit bagi kebanyakan pembeli rumah pertama.

Kini, jika anda berjaya menandatangani tawaran yang baik dengan seseorang yang benar-benar ingin membeli rumah keluarga anda, anda mesti berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Tetapi kemudian, pihak di sana kerap menunda pembayaran penuh kepada anda, dengan alasan samar-samar tidak mendapat kebenaran yang sewajarnya untuk meneruskannya.

Anda mungkin bertanya: “Bukankah Surat Perjanjian Jual Beli (Sales And Purchase Agreement/SPA) menyatakan bahawa pembeli rumah mesti membayar baki harga belian dalam tempoh 3 bulan?”

Ya, memang benar! Jadi, mengapa mengambil masa lebih dari 3 bulan untuk memuktamadkan dan menyelesaikan penjualan?

Haa! Salah satu sebabnya mungkin kerana SPA tu masih tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Negeri (yang juga dikenali sebagai ‘State Consent’).

Tip
‘State Consent’ adalah persetujuan awal yang diperlukan daripada pihak berkuasa negeri berkenaan, ketika melakukan pembelian rumah.

Sekiranya ini berlaku, tempoh 3 bulan untuk membayar baki harga belian hanya akan bermula SELEPAS mendapat ‘State Consent’, yang biasanya boleh memakan masa sehingga berbulan-bulan!

 

Apakah senario yang menyebabkannya?

state-authority-consent-before-buy-prop-1

Terdapat beberapa situasi di mana ‘State Consent’ mungkin diperlukan. Kebiasaannya adalah:

  • Rumah terbabit mempunyai sekatan kepentingan
  • Pembeli bukan warganegara

Dalam situasi pertama, untuk mengetahui sama ada rumah yang anda jual/beli tertakluk kepada sekatan kepentingan, anda boleh melihat kepada status rumah itu sendiri (lihat keterangan untuk “Sekatan Kepentingan”).

Semak sama ada ayat di bawah tertera di sebelah keterangan:

“Tanah ini tidak boleh diberi, dipindah milik, dipajak atau digadai tanpa persetujuan pihak Berkuasa Negeri”.

Jika anda nampak ayat itu, satu permohonan ‘State Consent’ mesti dilakukan dan diperolehi terlebih dahulu, sebelum rumah itu dapat dipindahkan kepada pembeli di bawah SPA.

Permohonan khusus ini biasanya dibuat setelah menandatangani SPA, dan diserahkan ke pejabat tanah yang relevan.

 

Siapa yang bertanggungjawab untuk memohon ‘State Consent’?

state-authority-consent-before-buy-prop-3

Kecuali jika SPA anda mengatakan sebaliknya, kebiasaannya adalah menjadi tanggungjawab pemilik atau penjual untuk mengemukan permohonan untuk ‘State Consent’ bagi proses pindah milik..

Lagipun, pemilik atau penjual lah yang ingin menjual rumah mereka tu, bukan!

 

Berapa lama masa diperlukan untuk mendapatkan ‘State Consent’?

Tempoh masa adalah berbeza-beza mengikut negeri dan pejabat tanah.

Sebagai contoh, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur and Selangor, ‘State Consent’ secara umumnya boleh diperolehi dalam masa 1-2 bulan.

Bagaimana jika pembeli itu membeli rumah yang masih mempunyai pinjaman perumahan, dan bank mereka mahu rumah itu dijadikan cagaran sebagai jaminan?

Tip
Cagaran adalah bentuk jaminan yang diperlukan oleh institusi kewangan daripada seseorang yang ingin mengambil pinjaman. Jadi, sekiranya orang itu tiba-tiba berhenti membuat pembayaran, institusi kewangan boleh merampas aset terbabit.

Tidak penting! ‘State Consent’ masih diperlukan dan biasanya, peguam bank juga akan memohon  ‘State Consent’ untuk menilai rumah.

Oleh kerana itu, jika pembeli membeli rumah daripada lelongan awam di Mahkamah Tinggi atau pejabat tanah, State Consent’ tidak diperlukan walaupun harta itu memiliki sekatan kepentingan.

state-authority-consent-before-buy-prop-2

Berkenaan dengan pembeli bukan warganegara pula, Kanun Tanah Negara menetapkan bahawa orang asing hanya boleh memperolehi tanah/rumah setelah mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri (setelah mengemukakan permohonan secara bertulis).

Dalam terma ringkas, pembeli bukan warganegara akan perlu mendapatkan ‘State Consent’ jika mereka berhasrat untuk membeli rumah di sini.

Selain itu, terdapat juga syarat-syarat tertentu yang dikenakan kepada bukan warganegara yang ingin membeli rumah.

Antaranya, termasuklah nilai minimum untuk harga pembelian dan jenis-jenis rumah, yang mana keperluannya berbeza-beza mengikut setiap negeri.

Selain daripada yang dibincangkan di atas, terdapat juga situasi lain (walaupun jarang-jarang) di mana persetujuan pihak berkuasa lain diperlukan dalam transaksi SPA.

Sebagai contoh, apabila membeli rumah kos rendah di Selangor, persetujuan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) diperlukan.

Apa Itu Rumah Selangorku, Dan Adakah Saya Layak?

Oleh kerana jenis persetujuan (consent) yang diperlukan dalam setiap kes boleh berbeza-beza, jadi sebaik-baiknya pembeli dapatkan penjelasan daripada peguam yang mengendalikan transaksi SPA mereka.

Lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal di kemudian hari ya? 😉

 

*Kolum ini adalah buat maklumat anda sahaja dan tidak perlu dikira sebagai nasihat undang-undang bagi keperluan anda yang spesifik. Ia tidak boleh menyatakan segala risiko dan faktor-faktor lain yang perlu untuk menilai satu-satu situasi tertentu. Anda sepatutnya mencari dan mendapatkan khidmat profesional bagi situasi dan keperluan anda yang spesifik.

Open chat
%d bloggers like this: