Bajet 2024: Intipati Belanjawan MADANI Kedua dan Senarai Insentif

Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2024 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 4 petang, 13 Oktober 2023. Bajet 2024 atau Belanjawan MADANI Kedua ini bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” dan mempunyai tiga tumpuan utama iaitu:

  • Pertama: Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan
  • Kedua: Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
  • Ketiga: Peningkatan Darjat Hidup Rakyat

Peruntukan Bajet 2024

  • RM393.8 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2024, tertinggi pernah dibentangkan.
  • RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan menerima 42.3% daripada jumlah keseluruhan bajet.
  • Sektor sosial menerima peruntukan RM149.7 bilion (7.6%) daripada KDNK
  • Sektor ekonomi menerima RM66.7 bilion
  • Sektor keselamatan memperolegi RM40.1 bilion
  • Pentadbiran am menerima peruntukan RM16.9 bilion
  • Subsidi dan bantuan sosial adalah 17.4% daripada perbelanjaan mengurus sebanyak RM52.8 bilion.

Pertumbuhan Ekonomi dan Dasar Fiskal

  • Pertumbuhan KDNK pada separuh pertama 2023 adalah 4.2%.
  • Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0% hingga 5.0% pada tahun hadapan.
  • Hutang dan liabiliti negara mencecah RM1.5 trilion atau 82% KDNK.
  • Sektor pembinaan diunjur berkembang sebanyak 6.8%.
  • Kadar inflasi diunjur berada antara 2.1% hingga 3.6%.
  • Permintaan domestik diunjur berkembang sebanyak 5.3%
  • Kutipan hasil kerajaan 2024 dijangka meningkat kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.
  • Defisit fisal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3%.

Intipati Bajet 2024

Berikut adalah intipati belanjawan dan inisiatif diumumkan pada Bajet 2024:

Perumahan

  • Peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ditambah sehingga RM10 bilion yang dijangka akan memanfaatkan 40,000 peminjam.
  • RM2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat pada 2024:
    • Dana jaminan khas sebanyak RM1 bilion bagi menggalakkan pemaju berwibawa memulihkan projek terbengkalai.
    • RM546 juta untuk meneruskan 36 Program Perumahan Rakyat (PPR).
    • RM358 juta pembinaan 14 Program Rumah Mesra Rakyat sebanyak 3,500 unit.
    • RM460 juta untuk membantu kira-kira 65,000 penduduk di desa untuk membina rumah baharu atau membaik pulih rumah daif.
    • RM100 juta untuk penyelanggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana, awam dan swasta di seluruh negara. Ini termasuklah kerja-kerja membaiki tangki air, bumbung, sistem pendawaian dan pemasangan kamera litar tertutup.
  • Bagi penjualan en-bloc dalam pembangunan semula skim strata, peratusan persetujuan penduduk akan dikurangkan daripada 100% kepada tahap yang konsisten bagi menggalakkan pembangunan semula bangunan usang di bandar.
  • 4% duti setem untuk surat cara pindah milik harta tanah oleh individu bukan warganegara dan syarikat milik asing, ini tidak termasuk individu yang mempunyai status pemastautin tetap (PR).
  • Hanya RM10 duti setem untuk surat cara pindah milik harta (MOT) mengikut wasiat atau faraid atau Akta Pembahagian 1958.
  • Syarat kelayakan untuk peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MMH2) akan dilonggarkan untuk menggalakkan kemasukan pelabur dan pelancong asing.
  • RM939 juta untuk menyediakan bekalan air kepada 5,150 buah rumah dan bekalan elektrik kepada 2,200 buah rumah di kawasan desa.
  • RM100 juta untuk menaik taraf, membina dan membaik pulih kemudahan asas seperti dewan, balai raya dan laluan berbumbung di kawasan desa dan pedalaman di bawah Projek Ameniti Sosial.
  • Kerajaan mengambil alih pembangunan Bandar Malaysia bagi memastikan tanah-tanah strategik dimanfaatkan sebaik mungkin.
  • RM100 juta peruntukan untuk Kampung Baru Cina bagi penyediaan kemudahan asas dan sosial.
LHDN’s-income-tax-relief-list-for-e-Fil

Cukai

  • Penggubalan akta baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5% sehingga 5% ke atas barangan mewah seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.
  • Penguatkuasaan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.
  • E-invois untuk pembayar cukai kategori pendapatan lain akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan daripada Islamic Securities Selling and Buying (ISSB) mulai tahun taksiran 2024.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai untuk kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi.
  • Had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak diterima pekerja atau dibayar majikan terus kepada pusat jagaan ditingkatkan kepada RM3,000 berbanding RM2,000 sebelum ini.
  • Pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran khusus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjurkan sehingga tahun taksiran 2026.
  • Pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000, ini akan turut diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.

Bantuan Kewangan

  • RM58.1 bilion diperuntukkan untuk membiayai pelbagai program subsidi, insentif dan bantuan kepada rakyat. Hampir 50% daripada jumlah ini adalah untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan.
    • RM225 juta disediakan untuk membiayai kos pengedaran barangan keperluan asas seperti petrol, LPG, tepung, beras dan minyak masak di bawah Program Community Drumming.
    • RM200 juta untuk pelaksanaan Program Payung Rahmah:
      • Program Jualan Rahmah dengan barangan 30% harga lebih murah.
      • Program Pasar Rahmah memberikan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani.
    • Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan kepada RM10 bilion atau 25% berbanding RM8 bilion sebelum ini. Ia dijangka memanfaatkan 9 juta penerima (60% penduduk dewasa Malaysia).
      • Kadar maksimum STR naik kepada RM3,700 berbanding RM3,1000 sebelum ini.
      • Kadar minimum STR untuk belia naik kepada RM500 berbanding RM350 sebelum ini.
      • Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500, dijangka disalurkan sebelum Ramadan.
    • Peluasan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
      • Seramai 700,000 orang dijangka menerima manfaat, menerima RM100 sebulan selama 12 bulan yang dikreditkan ke dalam myKad mereka.
      • Permohonan mula dibuka pada November 2023 dan dibuka sepanjang tahun.
      • Bayaran pertama RM500 SARA dijangka dibuat pada Februari 2024.
  • Kerajaan akan terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
  • 100,000 ribu topi kalendar termasuk untuk kanak-kanak akan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu.
  • Rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada golongan isi rumah miskin tegar diteruskan dengan peruntukan RM55 juta.

Subsidi Elektrik dan Lain-lain

  • Subsidi bersasar dilaksanakan kerajaan berjaya menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik berjumlah RM20 bilion.
  • Subsidi berjumlah RM16 bilion ditanggung kerajaan pada 2023 untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
  • Subsidi pembelian tiket penerbangan (FLYsiswa) diteruskan yang dijangka memberi manfaat kepada 60,000 pelajar keluarga kurang mampu.
  • Bagi mengelak ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi, kerajaan berniat melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel secara bersasar.
  • RM2.6 bilion dalam pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan.
  • Peningkatan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan.
  • Bermula 2024, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa. Hasil penjimatan ini akan disalurkan kepada Sumbangan Tunai Rahmah untuk meningkatkan dana kepada RM10 bilion.

PTPTN, Pendidikan & Pendidikan Tinggi

  • Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ditawarkan bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024
    • Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.
    • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% baki hutang sekali bayar
    • Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
  • Yuran pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan tidak lebih RM1,500 bermula Januari 2024.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima peruntukan RM16.3 bilion untuk 2024.
  • RM250 juta peruntukan untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam.
    • RM5 juta untuk pelaksanaan pendigital hospital pengajar universiti.
  • RM300 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikian prasarana IPT.
    • RM50 juta untuk perolegan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.
  • RM5 juta untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan (OKU, Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas) di 105 kolej komuniti seluruh negara.
  • Kementerian Pendidikan menerima peruntukan RM58.7 bilion
  • RM1.9 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf sekolah di seluruh negara
    • RM930 juta untuk kerja naik taraf 450 buah sekolah iaitu 185 di Sarawak dan 155 buah sekolah di Sabah.
    • RM1 bilion untuk penyelenggaraan semua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan, agama, cina, india dan pendidikan khas.
  • RM2.5 bilion untuk pembinaan 26 buah sekolah baharu.
  • RM220 juta untuk pembinaan Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Negeri Sembilan.
  • RM150 juta peruntukan kepada JAKIM untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam termasuk sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.
  • Pengembalian semula geran bantuan bernilai RM20,000 kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah JAKIM.

Infrastruktur Pengangkutan

  • RM96 juta Dana Sokongan Bas Henti-Henti untuk membantu menampung kos operasi harian pengendali has hanti-henti di laluan kurang penumpang di kawasan desa.
  • RM150 juta untuk Program Transformasi Bas Henti-Henti termasuk di tiga lokasi baharu iaitu Kota Bharu, Kuantan dan Kota Setar.
  • RM209 juta diperuntukkan untuk subsidi pengangkutan udara untuk manfaat penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Pas bulanan My50 perkhidmatan bas dan rel PRASARANA diteruskan, dijangka memberi manfaat kepada 180,000 penduduk Lembah Klang.
  • Penerusan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini iaitu di stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik. Ia dijangka menelan kos RM4.7 bilion untuk manfaat 2 juta penduduk.
  • LRT Pulau Pinang- Seberang Perai berjumlah RM10 bilion mengikut anggaran awal akan dilaksanakan menurut kaedah kerjasama awam-swasta (PPP).
  • RM1.63 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan di kampung dan desa antaranya di Bachok, Kelantan; Tambung Tulang, Perlis dan Kuala Lukur ke Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • RM134 juta untuk memasang 60,000 ribu unit lampu Jalan Kampung dan menyelenggara lebih 500,000 unit lampu jalan kampung.
  • RM57 juta untuk melaksanakan 115 projek termasuk 54 projek baharu naik taraf jambatan uzur dan membina jambatan baharu.

Pengawalan Banjir, Tanah Runtuh dan Bencana

  • RM22 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membiayai projek tebatan banjir.
  • 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi akan mula dilaksanakan pada 2024, dijangka menelan belanja RM11.8 bilion. Antara projek terbabit adalah Lembangan Sungai Pahang, Pahang; Sungai Langat Fasa 2, Selangor dan Sungai Jelai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • RM20 juta disediakan kepada 150 PBT untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak bagi mengurangkan risiko air bertakung dan banjir kilat.
  • RM563 juta peruntukan bagi membaiki cerun seluruh negara termasuk untuk pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal melibatkan lebih 2,000 cerun berisiko tinggi bagi mengelak berulangnya tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor.
  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima peruntukan RM300 juta.
    • RM100 juta bagi persiapan menghadapi banjir pada hujung tahun ini.
    • RM200 juta untuk Tabung Bantuan Bencana Negara.

KWSP dan PERKESO

  • Di bawah program i-Saraan KWSP, had caruman padanan kerajaan ditambah kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup.
  • Di bawah program i-Suri KWSP, had caruman padanan kerajaan ditambah kepada RM300 setahun, terhad kepada RM3,000 seumur hidup.
  • Di bawah program i-Sayang KWSP, isteri kini dibenarkan memindahkan 2% caruman KWSP kepada suami.
  • Di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), kadar tanggungan kerajaan ditingkatkan kepada 90% dengan peruntukan RM100 juta. Majikan kini hanya menanggung 10% caruman bagi skim ini.
  • Di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, RM50 juta diperuntukkan bagi manfaat 400,000 suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih.
  • Siling gaji bulanan untuk caruman PERKESO dinaikkan kepada RM6,000 yang dijangka memanfaatkan 1.45 juta pekerja dengan menaikkan faedah tunai mereka kepada 2.2%.
  • Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan bagi menstrukturkan semula simpanan persaraan ahli.
automotif-negara-penjana

Agenda Bumiputera

  • Institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).
  • Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan digabungkan di bawah PNB dan diperkukuh menerusi suntikan tanah strategik kerajaan khususnya di Kuala Lumpur bagi projek pembangunan perumahan.
  • Ekuinas juga diletakkan di bawah YPB bagi memperkukuh kerjasama PNB dan PUNB.
  • RM1.6 bilion kemudahan pinjaman dan jaminan disediakan untuk usahawan kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera.
tax exemption children school

OKU, Wanita dan Kanak-kanak

  • Galakan cukai untuk wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga Disember 2027.
  • RM720 juta diperuntukkan untuk menggalakkan wanita dan belia menceburi bidang perniagaan menerusi agensi seperti BNM, BSN dan TEKUN.
  • RM586 juta diperuntukkan kepada KEMAS.
    • 10 buah TABIKA dan TASKA baharu menelan kos RM31 juta akan dibina.
    • RM20 juta disediakan untuk menaik taraf premis KEMAS.
    • 26 buah prasekolah baharu di bawah Kementerian Pendidikan akan dibina, ini akan melibatkan kos RM82 juta.
  • RM20 juta untuk Program Pra Tahfiz Kemas dengan sasaran melahirkan 100,000 hufaz kanak-kanak menjelang 2026.
  • RM 1.2 bilion disediakan untuk bantuan OKU.
  • Kadar elaun pelatih OKU di bawah Program Pemulihan Dalam Komuniti akan dinaikkan kepada RM300 sebulan, dijangka memanfaatkan 18,000 pelatih OKU dengan peruntukan RM30 juta.
  • RM50 juta pembiayaan khas BSN untuk usahawan OKU mikro.

Isu Bekalan Air & Lain-lain Menarik

  • RM1.1 bilion diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan:
    • Pembinaan Loji Rawata Air Machang Fasa 1 di Kelantan dengan kapasiti 250 juta liter air sehari.
    • Pemulihan dan penggantian infrastruktur serta peralatan bagi menambah kapasiti loji rawatan air di Sabah khususnya di Kota Kinabalu.
    • Penggantian paip usang dan pemulihan infrastruktur sedia ada di Labuan.
  • RM500 juta untuk pinjaman mudah pembangunan semula tanah wakaf di seluruh negara.
  • Tempoh proses pensijilan halal dipendekkan daripada 51 kepada 30 hari.
  • Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Terhadap Teknologi 5G akan dibangunkan oleh CyberSecurity.
  • Dasar Peluang Kedua untuk golongan diisytihar muflis akan diperlus kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak lebih RM200,000.
  • Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM19.7 bilion dan Kementerian Dalam Negeri menerima RM19 bilion.
  • RM160 juta untuk pelbagai inisiatif aktiviti seni dan kreatif.
  • Penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25% kepada:
    • Pengecualian sepenuhnya untuk persembahan pentas artis tempatan.
    • Pengurangan 5% duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.
    • Pengurangan 10% duti hiburan untuk artis antarabangsa dan aktiviti hiburan lain.