Boleh Ke Guna Pencen Pinjam LPPSA Untuk Beli Rumah?

Pesara kerajaan boleh menggunakan khidmat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dengan tempoh pinjaman sehingga usia 90 tahun. Bagaimana hendak kira pencen yang bakal dapat? Di mana hendak dapatkan penyata pencen anda? Kami jelaskan semuanya!
penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen
Umur dah 60 baru nak beli rumah? Kenapa masa muda dan bertenaga dulu tak beli? Ini soalan yang selalu jadi buah mulut orang bila dapat tahu golongan pencen ni baru nak beli rumah.

Sebenarnya, tak ada pun “masa yang tepat” untuk anda beli rumah. Tak kisah lah golongan muda ke, pertengahan ke, berumur ke, boleh je beli rumah pada bila-bila masa ikut suka anda.

Ada je antara kita muda 20-an lagi dah ada rumah sendiri, ada juga yang tunggu pencen baru nak “settle down” beli rumah untuk pelaburan masa tua atau guna duit dan penyata pencen untuk beli rumah kedua.

Tak semua orang ada tujuan dan perancangan kewangan yang sama. Sesetengahnya bergaji kecil dan memang tak mampu nak beli hartanah, lagi setengah mungkin ada kelebihan dapat duduk di rumah kerajaan dan tak terfikir langsung nak beli rumah.

Persoalannya, boleh ke kita beli rumah guna duit pencen? Ada risiko tak? Jom teruskan membaca!

 

Apa Itu Pencen?

Senang cerita, pencen ini adalah salah satu skim bayaran tetap bulanan yang diberikan oleh majikan atau kerajaan kepada pekerjanya yang telah bersara atau telah tamat perkhidmatannya.

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

Skim pencen ni bukan suka-suka je diwujudkan tau. Ada banyak tujuan pencen ni untuk kebaikan kedua-dua pihak, majikan dan pekerja.

Antaranya adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang pekerja yang telah dicurahkan kepada kerajaan atau majikan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah.

Selain itu, ia juga untuk menjamin saraan hidup kepada pekerja setelah mereka bersara dari perkhidmatannya, orang-orang tanggungan pekerja yang telah meninggal dunia sama ada semasa di dalam perkhidmatan atau selepas bersara.

Tips
Pencen adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 74 Jadual Ke-9, Senarai I, Para 6(d) Senarai Persekutuan. Malah, pencen juga dilindungi Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 147 Perlembagaan. Jangan main-main!

Ramai yang tak tahu bahawa skim pencen ni juga adalah sejenis Skim Pampasan.

Skim pencen jenis ini khusus untuk pekerja yang dikehendaki bersara atau meninggal dunia kerana kecederaan atau menghidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya tertentu ketika menjalankan tugas rasmi.

Apa yang lagi menariknya, ia juga dianggap sebagai suatu ikatan ke atas pekerja agar mereka terus berkhidmat dengan kerajaan atau majikan. Kira macam kelebihan la kerana kerja dengan mereka.

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

Banyak kan objektif utama skim pencen ni? Tapi, kita sebenarnya ada pilihan tau, kalau tak nak terikat dengan objektif yang terakhir tu.

Boleh je kita tak pilih pencen tapi menggantikannya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikira sebagai simpanan hari tua nanti.

Cumanya, ramai je yang cenderung untuk memilih skim pencen ni sebab lebih terjamin.

Sebab tulah tak hairan kalau ramai yang tunggu pencen baru beli rumah sebab masa tu mungkin dah tak banyak tanggungan, dah tak terlalu sibuk atau memang sengaja menyimpan banyak-banyak waktu muda untuk beli rumah lebih selesa pada hari tua.

Lagipun, kerajaan ada bagi inisiatif perumahan kepada semua kakitangannya seperti kuarters kerajaan atau Perumahan Penjawat Awam (PPA). Jadi, pada mereka, buat apa nak beli rumah kalau dah dapat kuaters?

Tapi, takkan sampai tua pun nak duduk rumah bertingkat kan? Larat ke nak naik tangga kalau tiba-tiba lif kuarters rosak?

Memang tak dapat dinafikan, bekerja dengan kerajaan ni memang banyak keistimewaannya, termasuklah pinjaman perumahan yang disediakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang masih boleh dimohon oleh golongan yang dah hampir nak pencen.

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

 

Apakah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)?

LPPSA ni adalah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam dengan sasaran pembiayaan cecah RM12 bilion.

Jadi, daripada kita meminjam dari bank untuk beli rumah, lebih baik kita meminjam dengan kerajaan sebab ada 7 jenis pinjaman dalam LPPSA ni tau!

Selalunya, golongan yang nak dekat pencen ni akan cenderung meminjam untuk membina rumah di atas tanah sendiri, beli tanah dengan tujuan bina rumah atau beli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.

Apa yang lagi manariknya, LPPSA juga ada sediakan pakej pinjaman perumahan sehingga usia 90 tahun atau untuk rumah pertama 30 tahun, rumah kedua 25 tahun.

Berbeza dengan pinjaman bank yang menghadkan sehingga usia 70 tahun je atau maksimum 35 tahun pinjaman, mana-mana lebih awal.

Tapi, dengan syarat, anda kena mohon LPPSA ni paling kurang setahun sebelum bersara sebab proses kelulusannya agak mengambil masa.

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

Kalau anda memang seorang penjawat awam yang mempunyai rekod kerja bersih dan bebas bankrapsi, takde masalah pun kerajaan nak luluskan.

Untuk pengetahuan anda, tak semua orang akan dapat jumlah pinjaman yang sama, sebab amaun yang diluluskan tu tertakluk kepada amaun yang mana terendah berdasarkan pada beberapa kriteria seperti di bawah:

  1. Harga hartanah
  2. Penilaian hartanah oleh JPPH
  3. Amaun yang dimohon
  4. Kelayakan maksimum pemohon, seperti jadual kelayakan yang diluluskan oleh Lembaga.

Jadi, lagi mudah lah golongan pencen ni nak dapatkan pinjaman sebab dengan pencen bulanan tetap menjadikan mereka mampu membayar pinjaman rumah setiap bulan.

Silap-silap, deposit rumah pun boleh bayar tunai je sebab banyak simpanan masa muda-muda dulu. Haa untung kan?

Banyak lagi sebenarnya manfaat LPSSA ni terutamanya untuk anda yang sudah sah jawatan sebagai penjawat awam.

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

Sebenarnya, tak kisah lah umur berapa pun, kita wajib merancang kewangan kita dengan bijak untuk manfaat diri dan keluarga.

Tapi, walaupun dah umur lewat 50-an pun, tak salah kalau kita baru nak belajar merancang kewangan kita, apa lagi kalau dah hampir nak pencen!

Bayaran pencen dah tentu-tentu tak sebanyak gaji yang kita dapat masa bekerja dulu kan? Memang wajib buat kira-kira dari sekarang!

 

Ketahui Punca Permohonan Pinjaman Perumahan Ditolak Dan Ikuti Panduan Lengkap Untuk Memohon

 

Nak Buat Pengiraan Pencen Yang Bakal Dapat?

Pendek kata, bayaran pencen yang akan kita dapat bergantung pada tempoh perkhidmatan yang diambil kira serta gaji hakiki (gaji bersih) bulanan akhir kita terima.

“Separuh daripada gaji”, itu yang selalu anda dengar tentang amaun pencen kan?

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

Kalau anda nak tahu sebenarnya pengiraan sebenar bayaran pencen ni mudah je, boleh ikut formula ni:

1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki (gaji bersih) bulanan yang akhir diterima

Tapi, anda perlu ingat yang jumlah tersebut akan tertakluk kepada pencen maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir.

Jumlah ni dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira.

Susah jugak ni nak kira-kira, jangan bimbang, anda juga boleh gunakan kalkulator anggaran pencen disediakan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA ni.

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

Biasanya, bayaran pencen akan masuk dulu sebelum bayaran gaji, jadi, orang pencen ni dapatlah merancang kewangan mereka terlebih dahulu dengan bijak!

Eh, tapi, macam mana nak “track” bayaran pencen tiap-tiap bulan ni ya?

Haa, jangan tak tahu yang pencen pun ada penyata tau! Untuk pastikan amaun yang kita dapat tu betul atau tak, boleh lah semak penyata pencen masing-masing di sini.

 

Rancanglah Dengan Bijak

penyata pencen, pencen 2020, pencen, pengiraan pencen

Hakikatnya, tak kisahlah berapa pun umur anda atau jumlah gaji yang anda dapat, dengan merancang kewangan secara bijak akan dapat membantu anda untuk membeli hartanah sendiri.

Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Nak tak nak, menyimpan untuk kegunaan pembelian hartanah ni sentiasa menguntungkan kehidupan anda sama ada pada masa sekarang ataupun untuk hari tua nanti.

Cuma, beli rumah awal-awal ni lagi banyak kelebihannya terutamanya dari segi kelayakan untuk memohon pinjaman perumahan, lebih banyak rumah pilihan serta status kuasa beli yang lebih meyakinkan.

Apa-apa pun, jom mula buat kira-kira sekarang! Mana tahu boleh beli rumah idaman dalam masa yang terdekat kan?