Penambahbaikan Dana RM 1 bilion bagi Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara Malaysia


Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan penambahbaikan kepada Dana RM1 bilion untuk Rumah Mampu Milik yang bertujuan untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah membiayai pembelian rumah pertama mereka.
Penambahbaikan yang melibatkan kriteria kelayakan seperti di bawah akan berkuatkuasa pada 1 September 2019:
Pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360; dan
Harga maksimum harta tanah dinaikkan sehingga kepada RM300,000.
Orang ramai boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut:
AmBank (M) Berhad (AmBank) 03-2178 8888
Bank Simpanan Nasional (BSN) 1-300 88 1900
CIMB Bank Berhad (CIMB) 03-6204 7788
Malayan Banking Berhad (Maybank) 1-300 88 6688
RHB Bank Berhad (RHB) 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 082-276118 (Sabah dan Sarawak)
Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK).
Maklumat lanjut mengenai Dana disediakan di sini

Ciri Utama Dana BNM untuk Rumah Mampu Milik

%d bloggers like this: