
Apakah Itu Rumah Kluster, Dan Kenapa Ia Cukup Memikat Hati?

Juga dikenali sebagai perumahan bertanah-strata, rumah kluster adalah harta persendirian yang dibina dalam kelompok yang agak berdekatan antara satu sama lain.
Kebiasaannya ia berbentuk jenis rumah yang bertingkat, rumah berkembar, ataupun banglo.
Sekiranya anda ingin tinggal di dalam sebuah kediaman atas tanah, serta menikmati akses kepada pelbagai kemudahan yang boleh anda perolehi seperti di kondominium, rumah kluster mungkin pilihan yang terbaik untuk anda!
Di dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan sebab-sebab kenapa rumah kluster semakin popular dan sering diperkatakan di kalangan pembeli rumah baru. Kami juga menyertakansenarai pembangunan rumah kluster kegemaran kami.
Apakah Kelebihan Tinggal Di Dalam Rumah Kluster?
1) Eksklusiviti
Pembangunan kluster adakalanya seperti perkampunga kecil, dengan menawarkan ketenangan dan rasa eksklusif buat penduduknya.
Apabila anda mendiami rumah kluster, anda tidak perlu risau lagi untuk berebut petak meletakkan kenderaan, mahupun berkongsi gimnasium dengan RAMAI orang-orang yang tak dikenali.
Yang pasti, anda hanya perlu berkongsi kemudahan yang sama dengan jiran anda, dan jiran di persekitaran tak adalah ramai mana pun! Pasti syok punya.
2) Keselamatan
Pembangunan rumah kluster, pada dasarnya, adalah sebuah komuniti hidup berpagar dan dijaga rapi.
Dalam pembangunan seperti ini, sistem keselamatan sudah tersedia bagi mengawal akses keluar-masuk pengunjung dan orang awam. Ini menawarkan keselamatan dan sekaligus ketenangan lebih baik buat penduduknya.
Ini bermaksud anda tidak perlu risau lagi tentang isu keselamatan seperti masalah diragut pencuri, atau pun insiden pecah rumah.
3) Sesuai untuk seisi keluarga dengan anak-anak
Jika anda orang muda, pastinya anda menggemari kolam renang dan taman permainan! Kebiasaannya, rumah kluster memiliki semua ini, jadi kanak-kanak tidak perlu lagi berjalan jauh untuk menikmati waktu bermain di luar.
Memandangkan rumah kluster ini berpagar, anda tidak lagi perlu risau sekiranya anak anda hilang di hadapan mata, mahupun sesat.
Yang menarik lagi, rumah kluster biasanya merupakan sebahagian daripada kawasan perbandaran yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti sekolah dan taman, cukup sesuai khususnya buat mereka yang mempunyai anak.
4) Mampu milik
Sekiranya anda ingin tinggal di kediaman dengan sedikit sentuhan kemewahan di Malaysia, perumahan bertanah adalah pilihan yang paling tepat.
Walau bagaimanapun, jika soal harga menjadi satu kebimbangan, anda pasti akan teruja kerana rumah kluster adalah salah satu jenis perumahan bertanah dengan harga lebih berpatutan.
Ini kerana rumah kluster disasarkan untuk segmen pasaran yang lebih luas. Sebuah rumah kluster menelan belanja anggaran RM700,000, sementara sebuah banglo pula boleh mencecah RM4,000,000.