Bantuan PKP 3.0: Senarai bantuan PEMERKASA PLUS untuk rakyat, khususnya golongan B40

Bantuan PKP 3.0: Senarai bantuan PEMERKASA PLUS untuk rakyat, khususnya golongan B40

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA Plus) yang berjumlah RM40 bilion untuk orang ramai yang terkesan dengan keadaan semasa akibat COVID-19.

 

 

Malaysia memasuki senario baharu apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakanĀ Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) menyeluruh atau FMCO bermula 1 Jun 2021. Langkah ini perlu kerana trend peningkatan jangkitan harian COVID-19 dan perkembangan semasa yang amat membimbangkan.

Langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan demi kesejahteraan dan keselamatan awam turut mendatangkan kesan kepada perkembangan ekonomi nasional. Justeru, bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang terjejas terutamanya golongan B40 dan peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang terpaksa menutup operasi di sepanjang tempoh PKP 3.0, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus.

Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion. Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berteraskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Berikut adalah intipati insentif yang boleh dinikmati oleh golongan B40 dan rakyat di bawah PEMERKASA Plus.

1. Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021

Kerajaan bersetujuĀ melanjutkan pengecualian duti setem HOCĀ sehingga 31 Disember 2021Ā yang sepatutnya berakhir pada 31 Mei 2021 di bawah pakejĀ Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

 

bantuan prihatin rakyat BPR pemerkasa plus

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Kerajaan telah memperuntukkan RM2.1 bilion bagiĀ menambah kadar programĀ Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Inisiatif ini dijangka membantu ramai golongan terjejas terutamanya golongan B40. Jika diperhalusi, kumpulan B40 adalah antara penerima bantuan terbesar dalam pakej PEMERKASA Plus.

  • Isi rumah bawah RM2500

Melalui program ini. bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 2,500, golongan ini akan menerima bantuan BPR tambahan sebanyak RM500.

  • Isi rumah bawah RM5,000

Isi rumah yang berpendapatan di antara RM 2,501 sehingga RM5,000 pula akan menerima kadar sebanyak RM300.

  • Golongan bujangĀ 

Golongan bujang juga tidak terkecuali kerana akan menerima bantuan BPR sebanyak RM100.

3. Pembayaran balik pinjaman bank dan moratorium

Berdasarkan kenyataan media oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sebanyak 2.8 juta pekerja yang tidak formal di Malaysia berisiko tinggi untuk hilang punca pendapatan jika PKP dilakukan secara menyeluruh.

Justeru, menyedari akan masalah ini, pihak kerajaan dengan hasil perbincangan bersamaĀ Bank Negara Malaysia (BNM), bersetuju agar industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untukĀ memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman danĀ moratoriumĀ bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejasĀ yang kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi di sepanjang tempoh PKP.

  • Mereka akan diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusanĀ moratorium secara automatik selama tiga bulan atau;
  • Boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh enam bulan. Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.
  • PeminjamĀ M40 dan T20 yang mengalami pengurangan pendapatanĀ (termasuk gaji, elaun, komisen, pendapatan isi rumah) bolehĀ memohon untuk pengurangan bayaran balik ansuranĀ selaras dengan pendapatan yang berkurang.

4. Program eBeliaĀ 

BeliaĀ boleh semak dan tebus RM150 kredit ewalletĀ  mulai 1 Jun 2021. Kerajaan akan membuka pendaftaran Program eBelia yang akan membolehkan 2 juta belia dan pelajar IPT yang layak untuk mendapatkan kreditĀ  bernilai RM150 dari penyedia perkhidmatan e-tunai.Ā Khabar ini pastinya menggembirakan belia dan pelajar IPT di Malaysia.

5. Diskaun bil elektrik dan cukai jalan

 

kempen pemilikan rumah HOC pemerkasa plus

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

BagiĀ membantu sektor yang teruk terjejas, seperti sektor pelancongan, kerajaan turut memberi diskaun bil elektrik. Kerajaan juga melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU

  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor terjejasĀ 

Kerajaan melanjutkan pemberian pengurangan bil elektrik kepada sektor yang terjejas seperti pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima pengurangan bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan di antara bulan Julai sehingga September 2021.

  • Lanjutan cukai jualan untuk kenderaan CKB dan CBU

Kerajaan juga telah bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

6. Lanjutan Kontrak dan Program Vaksinasi

 

program imunisasi covid-19 kebangsaan PICK

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif denganĀ melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai perubatan dan mempercepatkan pemberian vaksin.

  • Lanjutan kontrak pegawai perubatanĀ 

Kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan ebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak. Ini secara tidak langsung mengurangkan kadar pengangguran dari sektor kesihatan awam.

  • Mempercepatkan pemberian vaksinĀ 

Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin untuk mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Setakat ini pemberian dos pada bulan Mei telahpun mencapai purata 80,000 dos sehari. Sekiranya usaha ini terus dipergiat, maka Malaysia dijangkakan mencapai imuniti kelompok pada penghujung tahun atau lebih awal lagi. Langkah ini memudahkan rakyat untuk kembali keluar bekerja dan merancakkan kembali ekonomi negara.

7. MARA PRIHATIN Peace of Mind

YAB Perdana Menteri turut menyarankan supaya agensi dan syarikat milik kerajaan untuk menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan. Pihak MARA akan terus melaksanakan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.

Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuatĀ penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium.Ā Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, golongan ini akan menikmati diskaun sebanyak 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan dari bulan Mei sehingga Julai 2021.

8. Geran Khas Prihatin (GKP)

 

geran khas prihatin

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia telah meluahkan kebimbangan bahawa pelaksanaan PKP sekali lagi mungkin akan menyebabkan banyak perniagaan tempatan ā€˜gulung tikarā€™ dan kadar pengangguran akan meningkat di Malaysia. Prihatin akan isu tersebut, pihak kerajaan akan melaksanakan inisiatif melalui pemberian Geran Khas Prihatin (GKP).

  • Kadar GKP akan ditambah sebanyak RM500 kepada RM 1,500.Ā Langkah ini akan memanfaatkan hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan RM 500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.
  • Sekiranya para peniaga ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM 1.5 bilion disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM denganĀ kadar pembiayaan serendah 3%.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga akanĀ mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaanĀ sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
  • Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan diskaun khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS bagi tempoh enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021, bagiĀ pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.Ā 
  • Sebagai tambahan,Ā  bagiĀ pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotelĀ masih diteruskan dan diberi pelanjutan sehingga 31 Disember 2021.

9. Program Subsidi Upah dan e-LATiH

Kerajaan juga telah bersetuju untukĀ melanjutkan Program Subsidi Upah di bawahĀ Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)Ā selama satu bulanĀ bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos sebanyak RM 1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, yang bakal ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan dijangkakan hampir 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.

Selain itu juga, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikanĀ pengecualian pembayaran levi selama satu bulan iaitu pada bulan Jun 2021. Selain itu juga, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiHAN secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran.

10. Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dan Bantuan Khas

 

bantuan pinjaman bank bersasar

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Kerajaan juga telah bersetuju untuk melaksanakan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi. Syarikat jaminan pinjaman perniagaan akan memperkenalkan skim ini. Melalui insentif ini:

  • 50% jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas yang terpilihĀ seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan. Justeru, pengusaha bas dan teksi dapat menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah.
  • Jaminan sebanyak RM1 bilion akan disediakan bagi tujuan ini. Selain itu, kerajaan telah bersetuju memberiĀ Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan juga e-hailing.Ā Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai. Langkah ini menyebabkan ramai pemandu bas dan teksi mampu menarik nafas lega terutama golongan yang terkesan dan terpaksa ā€˜menggantung kunciā€™ di sepanjang tempoh PKP.

Bagi menunjukkan solidariti dan mendengar rintihan rakyat pihak kerajaan akan terus mengutamakan pendekatanĀ whole-of-governmentĀ danĀ whole-of-societyĀ dalam memerangi pandemik COVID-19. Selain itu juga, YAB Perdana Menteri telah memutuskan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021. Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19. Kita belum menang dan kita mesti menang dalam memerangi wabak COVID-19.

Open chat
%d bloggers like this: