Cara memasang bekalan air, elektrik, IWK dan utiliti lain di rumah baru anda

Cara memasang bekalan air, elektrik, IWK dan utiliti lain di rumah baru anda

Kami memperincikan bagaimana untuk menguruskan hal berkaitan dengan utiliti rumah sebaik sahaja anda menerima kunci ke rumah baru anda, sama ada hartanah baharu atau sekunder (subsale). Ini termasuk bekalan elektrik, air, gas dan perkhidmatan pembetungan. Kami juga menyenaraikan beberapa alat keperluan untuk keselamatan dan kesejahteraan anda.

 

diskaun-bil-elektrik-TNB

 

Selepas anda selesai menandatangani semua dokumen untuk melengkapkan serahan milikan kosong, anda secara rasmi menjadi ahli kelab pembeli rumah kali pertama! Apabila pindah ke rumah baharu anda, banyak perkara yang harus diuruskan, bukan sahaja menyusun barang dan perabot anda.

Anda juga perlu menghubungi syarikat-syarikat utiliti yang berkenaan untuk penyelenggaraan rumah, bergantung kepada jenis harta anda. Untuk pembeli hartanah baharu, mungkin kurang kerja yang perlu dilakukan. Kebanyakan pemaju bertanggungjawab ke atas bekalan elektrik, air dan perkhidmatan pembetungan di setiap projek hartanah baharu sebelum menyerahkan rumah kepada pembeli.

Dalam artikel ini, kami senaraikan pelbagai keperluan termasuk sistem keselamatan rumah, pengesan asap dan peti pertolongan cemas.

Mari kita lihat senarai semak yang lengkap di bawah!

Menyambungkan bekalan tenaga elektrik anda

Tidak dapat dinafikan bahawa elektrik adalah komponen yang paling penting di rumah anda. Ia digunakan sepanjang hari untuk pelbagai tugasan, termasuk mengecas telefon bimbit dan juga memasang peralatan elektrik dan dapur anda. Anda mesti mendaftar dengan syarikat elektrik yang terdekat dengan lokasi rumah anda. Di Malaysia, terdapat tiga syarikat pembekal tenaga elektrik:

Nama syarikat elektrikLokasi
Tenaga Nasional Berhad (TNB)Peninsular Malaysia
Sabah ElectricitySabah
Sarawak ElectricitySarawak

Antara tiga syarikat di atas, TNB dilanggan oleh kebanyakan penduduk di Malaysia. Proses permohonan berbeza, bergantung sama ada anda mempunyai premis baharu atau hartanah yang dibeli daripada pemilik rumah sebelum anda.

Permohonan elektrik TNB untuk rumah baharu

Langkah 1: Bergantung kepada muatan elektrik anda:

Untuk muatan elektrik sehingga 100kVA: Lantik kontraktor elektrik dari Suruhanjaya Tenaga yang akan memohon bagi pihak anda. Untuk muatan elektrik melebihi 100kVA: Lantik jurutera perunding elektrik yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) yang akan memohon bagi pihak anda.

Langkah 2: Lantik kontraktor yang akan menilai hartanah anda dan memohon bekalan elektrik bagi pihak anda dengan dokumen lengkap. Pemilik rumah kini mempunyai pilihan untuk memohon bekalan elektrik secara mengisi e-borang dan melantik kontraktor elektrik dalam talian melalui portal layan diri myTNB.

Langkah 3: Isi dan tandatangani borang permohonan sumber tenaga elektrik serta dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon (IC)
  • Salinan sijil pendaftaran.
  • Bukti pemilikan harta atau kediaman.

Langkah 4: Bayar caj penting termasuk deposit, duti setem dan yuran sambungan.

Langkah 5: Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, TNB akan memasang meter elektrik anda dan menyambung bekalan untuk menerangkan rumah anda!

Seperti yang disebut di atas, kebanyakan hartanah yang baharu mempunyai infrastruktur bekalan elektrik yang tersedia. Pemaju kondominium, pangsapuri atau rumah teres akan melakukan kerja-kerja permohonan bekalan elektrik untuk anda. Serupa juga dengan rumah-rumah yang dibina di atas tanah kosong.

Permohonan elektrik TNB untuk hartanah sedia ada / sekunder (subsale)

Rumah sekunder anda sepatutnya mempunyai bekalan elektrik TNB yang disambung oleh pemilik rumah sebelum anda. Anda hanya perlu mengenal pasti infrastruktur sambungan elektrik dan melakukan perkara-perkara berikut:

Langkah 1: Anda boleh memohon secara dalam talian melalui portal layan diri myTNB atau memohon secara peribadi di Kedai Tenaga TNB yang terdekat. Muat turun dan isi borang permohonan elektrik yang berkaitan.

Langkah 2: Sediakan dokumen yang diperlukan:

Kad Pengenalan (IC) / ID Tentera Darat atau Polis / Pasport

Salinan kedua-dua belah dokumen pengenalan diri mesti dikemukakan. Pangkah di sudut kiri salinan dokumen dan tulis “Untuk Tujuan TNB Sahaja” atau “Untuk Kegunaan TNB Sahaja”.

Bukti hak milik

i. Geran atau hak milik tanah/ carian geran atau hak milik tanah terkini / hak milik strata; atau

ii. Perjanjian Jual Beli (SPA) yang disetem dan mengandungi halaman berikut:

  • Perjanjian antara penjual dan pembeli;
  • Alamat penuh premis;
  • Tandatangan kedua-dua pihak; atau
  • Proklamasi jualan (halaman lengkap)

Langkah 3: Bayar caj utama termasuk:

  • Duti setem sebanyak RM 10.
  • Yuran penyambungan semula sebanyak RM3 untuk voltan rendah dan RM80 untuk voltan sederhana dan tinggi.

Langkah 4: Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, TNB akan menyambung semula bekalan elektrik anda.

Pemilik rumah yang sedia ada hanya boleh memohon terus kepada TNB (tanpa melantik kontraktor) dengan syarat:

  • Kabel perkhidmatan TNB dan meter premis berada dalam keadaan baik.
  • Tiada pengubahsuaian premis telah dilakukan yang melibatkan pendawaian dalaman.
  • Pendawaian dalaman premis berada dalam keadaan baik.

Jika anda ingin mendapatkan penjelasan mengenai bekalan elektrik di kediaman anda, seperti cara menutup akaun TNB, menukar alamat bil, menaik taraf bekalan elektrik, atau menyemak deposit anda, baca halaman soalan lazim TNB.

Menyambungkan bekalan air

 

 

Ini bergantung kepada lokasi kediaman anda di Malaysia. Bekalan air di setiap negeri diselenggarakan oleh syarikat utiliti air yang berlainan, kecuali di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor seperti yang ditunjukkan di bawah:

Syarikat Utiliti Air   Lokasi
Air Selangor (dulu dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS)Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)Penang
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)Pahang
SAJ RanhillJohor
Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)Negeri Sembilan
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)Melaka
Syarikat Air Darulaman (SADA)Kedah
Air KelantanKelantan
Lembaga Air PerakPerak
Syarikat Air PerlisPerlis
Syarikat Air Terengganu (SATU)Terengganu
Jabatan Air Negeri SabahSabah
Kuching Water BoardSarawak

Semak caj syarikat utiliti air anda dan pastikan ia mematuhi kadar terkini yang diterbitkan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Proses dan dokumen akan berbeza, bergantung kepada syarikat air di negeri anda. Contohnya, Syarikat Air Selangor memerlukan pemilik hartanah baharu memohon secara peribadi. Mereka perlu mengemukakan dokumen yang relevan di kaunter perkhidmatan pelanggan. Walau bagaimanapun, pemilik harta sekunder yang ingin memohon pertukaran akaun Air Selangor boleh memohon secara dalam talian.

Di mana pun lokasi anda, pemilik rumah baharu harus menyediakan dokumen berikut:

  • Salinan IC.
  • Pensijilan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) atau Sijil Layak Menduduki (CFO).
  • Salinan geran/hak milik tanah anda.
  • Duti setem sebanyak RM10.
  • Salinan perjanjian penyewaan jika anda menyewa.

Jika anda memohon untuk menyambungkan semula bekalan air anda kepada harta yang sedia ada, sediakan dokumen berikut:

  • Salinan IC).
  • Salinan geran/ hak milik tanah, taksiran cukai, cukai tanah atau perjanjian sewaan untuk penyewa.
  • Bil air dan akaun premis lama (jika relevan).
  • Duti setem sebanyak RM10.

Bagaimana untuk memeriksa kebocoran air yang tidak disedari di rumah sekunder anda

Berikut adalah tip untuk pemilik hartanah sekunder untuk memeriksa sama ada paip rumah anda berada dalam keadaan yang terbaik:

  • Catit bacaan meter air selama dua jam dan jangan gunakan air dalam tempoh ini. Jika bacaan anda berbeza selepas dua jam, mesti ada kebocoran di mana-mana.
  • Periksa lokasi injap air utama anda dan lihat sama ada ia berfungsi dengan betul. Cuba tutup tombol injap dan lihat jika mana-mana kepala paip atau paip bocor apabila tombol dimatikan.

 Perkhidmatan pembetungan di rumah anda

Pembeli rumah hartanah yang baharu tidak perlu risau. Rumah anda adalah sebahagian daripada pembangunan baharu. Pembetungan akan disediakan sebelum serahan milikan kosong.

Walau bagaimanapun, jika anda membeli hartanah sekunder atau membina rumah sendiri, anda perlu menyambungkan sistem pembetungan sendiri melalui Indah Water Konsortium (IWK). IWK menguruskan sistem pembetungan awam di seluruh Malaysia kecuali di Johor Bahru, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Untuk membuat permohonan pembetungan di IWK, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Buat salinan dua muka surat pertama, kedua dan terakhir Perjanjian Jual Beli (SPA).
  • Memohon kepada IWK secara dalam talian atau pergi ke pejabat mereka.
  • Yuran anda berbeza bergantung kepada jenis harta dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat pembetungan, seperti tangki septik atau sambungan perkhidmatan
  • Jika anda memiliki hartanah sekunder yang mempunyai sambungan kepada sistem IWK yang sedia ada, anda mesti memohon perubahan milikan hartanah untuk menyambung semula pembetungan.

Kediaman yang disambungkan ke loji rawatan kumbahan awam IWK akan menerima bil RM32 sekali setiap empat bulan atau RM8 sebulan. Sekiranya terdapat aliran belakang kumbahan ke dalam premis anda atau lubang yang melimpah kerana tersumbat di sepanjang paip pembetung awam, kakitangan IWK akan sedia berkhidmat sejurus selepas dihubungi. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembetungan yang ditawarkan kepada pelanggan domestik, baca halaman soalan lazim IWK.

Menyambungkan bekalan gas / tong gas untuk memasak

 

kettle on a gas stove

 

Kebanyakan isi rumah Malaysia bergantung kepada silinder gas propana atau tong gas kerana gas paip masih belum mudah didapati di seluruh Malaysia. Hanya segelintir yang bernasib baik dan mempunyai akses kepada gas paip yang dibekalkan oleh Gas Malaysia, termasuk mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ampang, Cyberjaya dan Damansara. Gas Malaysia juga boleh didapati di kawasan terpilih di utara seperti Ipoh, Bayan Lepas, Georgetown dan Sungai Petani. Senarai lengkap berikut memperincikan kawasan liputan Gas Malaysia.

Anda boleh memohon untuk bekalan gas asli atau gas petroleum cecair (LPG). Ketahui cara memohon dan kos yang terlibat di halaman soalan lazim Gas Malaysia.

Jika rumah anda tidak terletak di kawasan liputan Gas Malaysia, anda boleh membeli tong gas memasak propana di kedai Petronas yang berdekatan atau di mana-mana kedai kejiranan anda (tanya jiran anda!) Terdapat juga beberapa perkhidmatan penghantaran tong gas memasak dalam talian seperti  HaloGasBeliGas dan MiraGas.

Mendapatkan perkhidmatan internet atau jalur lebar untuk rumah anda

Keperluan sambungan internet yang stabil amat ketara kerana semakin ramai yang bekerja dari rumah semasa pandemik COVID-19. Ramai yang tinggal bersendirian lebih suka menaik taraf pakej data mudah alih mereka atau membeli pelan internet bulanan.

Tetapi jika anda mempunyai isi rumah yang besar dengan beberapa pengguna internet, maka jalur lebar gentian optik lebih sesuai untuk rumah anda. Sesetengah pakej jalur lebar rumah ditawarkan serendah RM90 sebulan! Berikut adalah 3 penyedia jalur lebar rumah paling popular di Malaysia:

Lazimnya, pemohon akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan deposit pendahuluan.

NOTA: Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan Malaysia mengumumkan bantuan kredit telekomunikasi sebanyak RM180 kepada kumpulan B40 pada Q1 2021 di bawah Program Jaringan PRIHATIN. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion untuk program ini yang dijangka memanfaatkan 8 juta individu. Program Jaringan PRIHATIN dijadualkan bermula pada Mac 2021 –jangan lupa untuk menyemak kelayakan anda untuk insentif ini!

Peralatan penting untuk rumah baharu anda

Selepas utiliti rumah anda diselesaikan, berikut adalah beberapa peralatan penting yang anda harus beli untuk memudahkan pemindahan ke rumah baharu anda.

Sistem keselamatan rumah

Keselamatan rumah anda harus diuruskan sebaik mungkin sebelum anda berpindah masuk. Penjenayah boleh menyerang pada bila-bila masa! Pelbagai peranti keselamatan rumah seperti sistem penggera tanpa wayar dan kamera keselamatan pintar boleh dibeli di kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada dan Seng Heng Malaysia.

Lebih baik lagi jika anda dapat melantik syarikat keselamatan profesional untuk menilai rumah anda secara teliti dan memasang semua peralatan yang diperlukan seperti CCTV, lampu sensor gerakan dan penggera pencuri.

Pemilik rumah bertanah disyorkan memasang jeriji besi pada pintu gelongsor tingkat bawah dan tingkap. Ketahui bagaimana untuk menaik taraf rumah anda dengan 9 jenis grill rumah.

Pengesan asap

Ramai pemilik rumah mengabaikan kepentingan pengesan asap. Menurut Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan Amerika (NFPA), punca nombor satu kebakaran di rumah adalah kecuaian semasa memasak. Anda disarankan memasang pengesan “dua-dalam-satu” yang menggabungkan pengesan asap dan karbon monoksida kerana kedua-duanya boleh membawa maut.

Peringatan – ganti bateri pengesan anda mengikut jadual yang disyorkan. Pengesan asap anda tidak berguna jika ia tidak berfungsi!

Pemadam api

 

Fire extinguisher in the kitchen

 

Satu lagi peralatan keperluan untuk rumah baharu anda adalah pemadam api. Beli yang mudah disimpan di bawah sinki atau di garaj anda. Jika pemilik rumah sebelum anda telah meninggalkan pemadam api, periksa alat itu untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

Kotak alat

Rumah baharu anda mungkin mengalami kelusuhan atau kerosakan yang tidak dijangka di masa akan datang seperti paip bocor atau skru longgar di engsel. Suatu amalan yang baik ialah menyediakan gerudi elektrik kecil, pemutar skru, pita pelekat, gam, tukul, gunting dan lampu suluh di dalam kotak alat anda untuk sebarang kerja pembaikan kecil dan cepat. Pastikan anda mempunyai stok mentol lampu dan bateri tambahan. Barang-barang ini selalu luput apabila anda paling memerlukannya!

Kotak berkunci

Kotak berkunci yang kalis air akan melindungi semua barangan berharga anda seperti sijil, penyata bank dan barang kemas yang mahal, bukan sahaja dari kecurian tetapi juga banjir!

Peti pertolongan cemas

Luka dan dan melecur semasa memasak adalah kejadian yang lazim, terutamanya jika anda mempunyai anak di rumah! Sediakan peti pertolongan cemas dan isi dengan pembalut, antiseptik, salap lecur dan penahan sakit.  Anda juga boleh menyenaraikan nombor kecemasan untuk ambulans dan hospital dan tampal di peti sejuk untuk rujukan mudah anak-anak/pengasuh anda sekiranya berlaku kecemasan.

Pelocok

Besen atau tandas yang tersumbat boleh mengganggu isi rumah yang sibuk. Sediakan pelocok untuk membantu anda. Tidak perlu tunggu tukang paip datang untuk menyelamatkan rumah anda.

Pelindung lonjakan

Membeli pelindung lonjakan untuk peranti elektronik anda yang mahal seperti iPhone atau Macbook adalah sangat penting. Peranti elektronik anda yang rosak disebabkan lonjakan elektrik yang mendadak tidak akan mendapat perlindungan waranti. Pelindung lonjakan akan membantu anda mengawal peranti anda daripada sebarang kemudaratan jika terdapat lonjakan kuasa mendadak atau berlaku litar pecah di rumah anda.

Open chat
%d bloggers like this: